ECKB Cinema 2.0

ECKB Cinema 2.0

KOTA BHARU, 21 Disember - Program ECKB Cinema 2.0 telah dilaksanakan selama tiga hari bermula 10 Disember 2025 dengan penganjuran tayangan dua buah filem berbeza setiap hari.

Program ini telah dijalankan di Dewan DHS, Dewan Latihan dan BK 112 di UiTM Kampus Kota Bharu. Selain tayangan filem, aktiviti keusahawanan turut diadakan melalui jualan makanan dan minuman. Pada waktu malam, cabutan bertuah turut dianjurkan bagi memeriahkan lagi program ini.

Program ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan, memupuk kerjasama serta meningkatkan penglibatan pelajar secara aktif, di samping membentuk kepimpinan, disiplin, kreativiti dan pengalaman pengurusan program dalam kalangan jawatankuasa pelaksana dan kolaborasi berkesan.

Penyedia Laporan:
Saudari Nurhajar Alyaa Azmi
Pengarah Program
ECKB Cinema 2.0