Postgraduate Pop-Up Booth Program

Postgraduate Pop-Up Booth Program

KOTA BHARU, 21 Disember - Pusat Pengajian Siswazah (PPS), UiTM Cawangan Kelantan telah menganjurkan Postgraduate Pop Up Booth pada 15 dan 16 Disember 2025 bertempat di AEON Mall, Kota Bharu.

Program ini diadakan sebagai salah satu inisiatif strategik bagi memperkasakan usaha promosi dan meningkatkan keterlihatan (visibility) program-program pascasiswazah yang ditawarkan oleh UiTM Kampus Kota Bharu kepada orang awam.

Sepanjang penganjuran program, pengunjung telah diberikan penerangan berkaitan pelbagai program pengajian di peringkat Sarjana dan Kedoktoran, merangkumi program secara kursus, penyelidikan dan mod modular.

Selain itu, sesi interaksi dua hala turut dijalankan bagi menjawab pertanyaan berkaitan syarat kemasukan, kaedah pengajian, tempoh pengajian serta kemudahan yang disediakan oleh kampus. Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pengunjung AEON Mall, khususnya dalam kalangan golongan bekerja dan lepasan graduan yang berminat untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Usaha promosi secara bersemuka ini dilihat berkesan dalam menyampaikan maklumat secara langsung serta membina keyakinan masyarakat terhadap keupayaan UiTM Kampus Kota Bharu sebagai pusat pengajian pascasiswazah yang berkualiti.

Penyedia Laporan:
Encik Mohammad Syahrul Ashraff Suhaidi
Pegawai Eksekutif
Pusat Pengajian Siswazah
UiTM Kampus Kota Bharu