'Alumni Talk Series Podcast'

MACHANG, 18 Disember - Pusat Pengajian Siswazah (PPS), UiTM Cawangan Kelantan telah berjaya menganjurkan Podcast Alumni Talk Siri 1 yang menampilkan dua panel jemputan istimewa terdiri daripada alumni dan pelajar siswazah UiTM Cawangan Kelantan.

Podcast ini menampilkan Inspektor Zulkifli Mohamad, Ketua Balai Polis Tumpat yang juga merupakan alumni Doctor in Business Administration (DBA – AA902) serta Puan Rabaatul Azira Hassan, Pensyarah Fakulti Perakaunan yang merupakan alumni Master of Accountancy dan sedang melanjutkan pengajian ke Doktor Falsafah di UiTM Cawangan Kelantan.

Dalam sesi perkongsian tersebut, Inspektor Zulkifli berkongsi pengalaman sepanjang menamatkan pengajian DBA di UiTM Kampus Kota Bharu, termasuk cabaran mengimbangi komitmen kerjaya dan akademik. Beliau turut memuji kemudahan pembelajaran yang disediakan serta sokongan berterusan daripada pihak pengurusan dan kakitangan kampus yang banyak membantu kelancaran pengajian beliau.

Sementara itu, Puan Rabaatul Azira pula berkongsi perspektif sebagai pelajar Sarjana yang aktif dalam dunia akademik, termasuk pengalaman pembelajaran, sokongan pensyarah serta fleksibiliti pengajian yang membantu pelajar bekerja melanjutkan pelajaran.

Podcast yang bersiaran secara langsung selama lebih daripada dua jam ini telah ditayangkan melalui saluran YouTube rasmi UiTM Cawangan Kelantan dan merupakan sebahagian daripada inisiatif PPS bagi memperkukuh promosi program pascasiswazah serta memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai laluan dan pengalaman pengajian di peringkat siswazah.

Pautan Video Podcast Alumni Talk Siri 1:
BICARA ALUMNI PODCAST BERSAMA ALUMNI DBA
BICARA ALUMNI PODCAST BERSAMA ALUMNI SARJANA PERAKAUNAN

Penyedia Laporan:
Encik Mohammad Syahrul Ashraff Suhaidi
Pegawai Eksekutif
Pusat Pengajian Siswazah
UiTM Kampus Kota Bharu