MACHANG, 6 November - Adiwangsa UiTM Cawangan Kelantan meneruskan kesinambungan siri perbincangan ilmiah melalui 'Podcast' Adiwangsa: Bukan Sekadar Sejarah Siri 2 bertajuk "Takwa dan Integriti dalam Kepimpinan Muda”. Program ini menampilkan Profesor Dr. Mohd Afandi Mat Rani, Rektor UiTM Cawangan Kelantan selaku panel, dan dikendalikan oleh Dr. Miqdad Aswad Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Adiwangsa UiTM Cawangan Kelantan sebagai moderator.
Perbincangan yang diadakan secara santai namun bernas ini menyorot kepentingan nilai takwa dan integriti sebagai asas dalam membentuk kepimpinan berwibawa, beramanah serta berjiwa besar. Program ini turut memperkukuh kefahaman mahasiswa dan warga universiti terhadap konsep kepimpinan berasaskan nilai keagamaan dan moral, di samping mengupas peranan generasi muda sebagai pelapis kepimpinan masa hadapan.
Penganjuran siri podcast ini mencerminkan komitmen Adiwangsa UiTM Cawangan Kelantan dalam memperkasa nilai keilmuan dan kepimpinan berteraskan budaya bangsa serta prinsip Islam, seiring dengan aspirasi universiti untuk melahirkan warga yang holistik, berintelektual dan berjati diri unggul.
Pautan video: 'Podcast' Adiwangsa: Bukan Sekadar Sejarah Siri 2 Bertajuk Takwa dan Integriti dalam Kepimpinan Muda
Penyedia Laporan:
Puan Nur Haziqah Muhamad Zaki
Setiausaha
Jawatankuasa Pelaksana Adiwangsa
UiTM Cawangan Kelantan

