Kunjungan Hormat Pusat Pengajian Siswazah ke Yayasan Kasih Mutiara

KOTA BHARU, 28 September - Pusat Pengajian Siswazah UiTM Kampus Kota Bharu telah mengadakan kunjungan ke Yayasan Kasih Mutiara yang bertempat di Pejabat Konsortium E-Mutiara Berhad pada 24 September 2025. Kehadiran pihak UiTM Cawangan Kelantan disambut mesra oleh Pengerusi Yayasan, Encik Che Ibrahim Che Ismail atau lebih dikenali sebagai Pok Nik. Perbincangan yang berlangsung selama hampir dua jam itu memberi banyak manfaat khususnya dalam memperkukuh peranan UiTM Kampus Kota Bharu dalam bidang pengajian pascasiswazah.

Melalui pertemuan ini, kedua-dua pihak berpeluang bertukar pandangan, menjajarkan potensi kerjasama, serta membincangkan ruang-ruang baharu yang boleh dimanfaatkan demi kepentingan pendidikan dan pembangunan modal insan. Secara keseluruhannya, kunjungan ini telah membuka lembaran baharu hubungan strategik antara UiTM Kampus Kota Bharu dan Yayasan Kasih Mutiara. Diharapkan agar kerjasama yang terjalin dapat membuka lebih banyak ruang dan peluang demi kemajuan anak bangsa pada masa hadapan.

Penyedia Laporan:
Encik Mohammad Syahrul Ashraff Suhaidi
Pegawai Eksekutif
Pusat Pengajian Siswazah
UiTM Kampus Kota Bharu