Majlis Penyerahan Bendera KARiSTA UiTM Cawangan Kelantan

Majlis Penyerahan Bendera KARiSTA UiTM Cawangan Kelantan

MACHANG, 24 Ogos - Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen UiTM Cawangan Kelantan ke Karnival Sukan Staf UiTM (KARiSTA) 2025 telah berlangsung dengan penuh semangat di HRD A, UiTM Cawangan Kelantan pada 21 Ogos 2025 (Khamis), bermula jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi. Majlis ini telah dirasmikan oleh Dr. Norzieha Mustapha sebagai simbolik sokongan rasmi pihak pengurusan kepada para atlet staf yang bakal bertanding dalam KARiSTA 2025.

Majlis dimulakan dengan ucapan Ketua Kontinjen, Encik Meer Zhar Farouk Amir Razli, diikuti amanat perasmi, Dr. Norzieha Mustapha. Antara pengisian lain termasuk penyerahan bendera kontinjen, bacaan ikrar atlet, dan sesi bergambar bersama kontinjen UiTMCK. Seramai 84 orang hadir terdiri daripada atlet, pegawai dan warga kampus, memberikan sokongan padu kepada kontinjen yang akan beraksi dalam 15 acara sukan.

Kontinjen UiTMCK dijadualkan bertolak pada 24 Ogos 2025 dan akan berkampung di UiTM Perlis sehingga 31 Ogos 2025 bagi menyertai pertandingan. Majlis ini berjaya menyemarakkan semangat kesukanan dalam kalangan staf, sekaligus memberi dorongan kepada kontinjen UiTMCK untuk mencapai kejayaan cemerlang di KARiSTA 2025.

Penyedia Laporan:
Puan Janatun Naim A. Rahman
Penolong Setiausaha
Kontinjen UiTMCK