KOTA BHARU, 19 Ogos - Pusat Pengajian Siswazah UiTM Cawangan Kelantan dengan kerjasama Research Management Unit telah berjaya menganjurkan 'Data Analysis Bootcamp' pada 15 & 16 Ogos 2025 bertempat di Dewan Latihan, UiTM Kampus Kota Bharu.
Bootcamp dua hari ini menampilkan Profesor Ramayah Thurasamy dari Universiti Sains Malaysia, pakar PLS-SEM dan penulis buku rujukan utama dalam bidang analisis data. Peserta terdiri daripada pensyarah, penyelidik serta pelajar pascasiswazah yang telah mendapat bimbingan intensif mengenai:
✔️ Analisis data menggunakan SmartPLS
✔️ Teknik praktikal PLS-SEM
✔️ Strategi meningkatkan kualiti penyelidikan untuk penerbitan
Program ini telah berlangsung dengan penuh semangat dan komitmen, membuktikan usaha berterusan UiTM dalam memperkasa kecemerlangan penyelidikan.
Tahniah dan terima kasih kepada semua peserta yang telah bersama menjayakan bootcamp ini!
Penyedia Laporan:
Encik Mohammad Syahrul Ashraff Suhaidi
Pegawai Eksekutif
Pusat Pengajian Siswazah

