Istiadat Pentauliahan Kor SISPA Peringkat Kebangsaan Kali ke-16 Tahun 2025

SHAH ALAM, 18 Ogos - Kokurikulum Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA), UiTM Cawangan Kelantan telah menghantar 23 orang Pegawai Kadet SISPA (PKS) ke Istiadat Pentauliahan Kor SISPA Peringkat Kebangsaan Kali ke-16 pada 11 hingga 16 Ogos 2025 yang dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin.

Istiadat ini turut dihadiri Komandan UiTM, Ppj. Kehormat (PA) Ts. Dr. Norazah Abdul Rahman, Lt. Kol. Bersekutu (PA) Wan Mohd Firdaus Wan Mohamad (Ajutan Kor SISPA UiTM Cawangan Kelantan), Lt. Kol. Bersekutu (PA) Ts. Inv. Mohd Zafian Mohd Zawawi (Pegawai Latihan Kor SISPA UiTM Cawangan Kelantan), Kapt. Bersekutu (PA) Nabil Fikri Mohd Salleh (Pegawai Logistik Kor SISPA UiTM Cawangan Kelantan), Kapt. Bersekutu (PA) Mohd Azrul Sidek (Pegawai Sukarelawan Kor SISPA UiTM Cawangan Kelantan) dan Kapt. Bersekutu (PA) Siti Haslini Zakaria (Pegawai Pentadbiran Kor SISPA UiTM Cawangan Kelantan).

Istiadat pada kali ini turut disertai oleh 20 buah IPT dan 4 buah Institusi Pengajian Guru (IPG) yang diadakan di Universiti Teknologi MARA, Shah Alam yang juga merupakan tuan rumah bagi menjalankan istiadat tersebut.

Seramai 9 orang PKS ditauliahkan dengan pangkat Leftenan Muda Pertahanan Awam dan 14 orang PKS ditauliahkan dengan pangkat Staf Muda Pertahanan Awam setelah menamatkan kursus-kursus wajib iaitu Kursus Asas, Kursus 'First Responder Life Support', Kursus Pengurusan Pusat Pemindahan (PPP), Kursus Metodologi dan Kursus Bakal Pegawai.

Penyedia laporan:
SM. (PA) Nur Alya Balqis binti Mazlan
Setiausaha Agung
Kor SISPA