KUALA LUMPUR, 5 Ogos – Kementerian Perpaduan Negara menerusi Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) telah menganjurkan Konvensyen Sekretariat Rukun Negara (SRN) 2025 bermula 31 Julai hingga 2 Ogos 2025 bertempat di Hotel Vitatel, Kuala Lumpur.
Konvensyen yang disempurnakan oleh YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara, menghimpunkan wakil Sekretariat Rukun Negara (SRN) dari seluruh negara dalam usaha memperkukuh jaringan kepimpinan mahasiswa dan menyemarakkan pembudayaan Rukun Negara sebagai teras perpaduan nasional.
UiTM Cawangan Kelantan diwakili Penasihat II SRN, Encik Mohd Azrul Sidek dan 3 orang perwakilan SRN UiTM Cawangan Kelantan. Konvensyen ini turut menampilkan pelbagai pengisian termasuk forum intelektual, bengkel kepimpinan, dan sesi interaktif yang menyentuh elemen Malaysia MADANI, dengan fokus kepada memperkasa mahasiswa sebagai duta perpaduan dalam kampus dan komuniti.
Program tiga hari ini berjaya menjadi medan strategik untuk memperkukuh komitmen mahasiswa terhadap Rukun Negara, seterusnya melahirkan generasi pelapis yang bersedia mendukung keharmonian dan kestabilan negara secara menyeluruh dan inklusif.
Penyedia Laporan:
Encik Mohd Azrul Sidek
Penolong Pendaftar Kanan
Unit Residensi & Hospitaliti Pelajar
Bahagian Hal Ehwal Pelajar