MACHANG, 13 Mac - Satu program anjuran Kelab HIMSAK telah dijalankan bagi merapatkan hubungan kekeluargaan dalam kalangan ahli kelab. Program ini melibatkan penyertaan seramai lebih 30 orang peserta yang melibatkan sekretariat, Majlis Tertinggi dan penasihat kelab. Program dimulakan dengan kata-kata aluan daripada mantan presiden kelab, seterusnya oleh mantan penasihat kelab iaitu Puan Siti Aswani dan akhir sekali dari pengarah program.
Program ini melibatkan semua sekretariat Kelab HIMSAK bagi menghargai pengorbanan dan sumbangan mereka sepanjang tahun. Selain itu, diadakan sesi perletakan jawatan ahli lama HIMSAK sesi 2023/2024 dan juga pengumuman majlis tertinggi yang baharu bagi sesi 2024/2025. Program diakhiri dengan sesi fotografi bersama kesemua ahli yang menghadiri majlis ini. Semoga barisan Majlis Tertinggi Kelab HIMSAK yang baharu serta ahli-ahli Kelab HIMSAK akan terus maju kehadapan dengan penuh dedikasi dan semangat demi masa depan yang lebih cemerlang.
Penyedia Laporan:
Saudari Intan Sofea Adnan
Bendahari
Kelab HIMSAK
UiTM Cawangan Kelantan