PASIR MAS, 03 Mac – Seramai 111 orang peserta daripada Jawatankuasa Perwakilan Kolej dan Non Residen (JPKNR) dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah menyertai Kem Perkasa Diri Siri 13 yang berlangsung di Pusat Latihan Kenegaraan Pasir Mas, Kelantan. Program ini berlangsung selama tiga hari, bermula pada 21 Februari hingga 23 Februari 2025, dengan objektif utama untuk memperkukuh kemahiran kepimpinan dan daya ketahanan diri dalam kalangan pemimpin pelajar UiTM Cawangan Kelantan. Kem ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai aspek kepimpinan, kerjasama berpasukan, serta meningkatkan daya tahan mental dan fizikal dalam menghadapi cabaran sebagai pemimpin pelajar. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Rektor UiTM Cawangan Kelantan, Profesor Mohd Afandi Mat Rani yang dalam ucapannya menekankan kepentingan kepimpinan berwibawa, disiplin tinggi, serta semangat kerja berpasukan dalam kalangan mahasiswa. Sepanjang kem ini, peserta telah mengikuti pelbagai aktiviti seperti latihan kepimpinan, ceramah motivasi, latihan dalam kumpulan (LDK), latihan ketahanan diri, dan simulasi penyelesaian masalah dalam organisasi. Peserta kem memberikan sambutan yang amat positif, dengan menyatakan bahawa program ini bukan sahaja mengasah kemahiran kepimpinan, tetapi juga mengeratkan hubungan antara pemimpin pelajar dari pelbagai fakulti dan kolej. Kem ini diharapkan dapat membentuk pemimpin pelajar yang lebih proaktif, bertanggungjawab, dan bersedia menghadapi cabaran kepimpinan di masa hadapan.
Nur Anis Sofia Binti Asharun
Setiausaha
Jawatankuasa Tertinggi Kediaman Sesi 2024/2025