KOTA BHARU, 23 Februari - Jelajah kedua bagi ‘Program Memperkasa Hubungan Jelajah Alumni Berjaya UiTM Cawangan Kelantan’ diteruskan ke Sheepy Farm & Frozen Distributions Cawangan Melor, sebuah syarikat yang diasaskan oleh alumni UiTM Cawangan Kelantan iaitu Encik Mohamad Farhan Mat Yaacob yang merupakan salah seorang alumni UiTM Cawangan Kelantan dalam bidang Perakaunan pada tahun 2014. Syarikat Sheepy Farm & Farm Distributions yang beroperasi di Kg. Jambu Merah, Melor, Kelantan terkenal sebagai pembekal dan pemborong kambing serta biri-biri utama di Semenanjung Malaysia.
Selain itu, syarikat ini kini turut melebarkan sayap perniagaan mereka ke dalam sektor pemprosesan daging perap, makanan laut, serta ikan bagi memenuhi permintaan pasaran tempatan. Encik Mohamad Farhan Mat Yaacob telah berkongsi kepada pihak UiTM berkaitan dengan penekanan kepada strategi pengembangan perniagaan melalui platform digital seperti platform Tiktok dan Instagram. Selain itu, beliau turut berkongsi ilmu berkaitan cabaran dan kebangkitan perniagaan dalam bidang penternakan. Encik Mohamad Farhan Mat Yaacob turut menekankan kepentingan pemasaran digital dan kuasa ‘viral’ dalam memacu pertumbuhan perniagaan mereka. Pemasaran digital kini menjadi elemen penting dalam memastikan jenama mereka dapat bersaing di pasaran yang lebih luas dan menjangkau lebih ramai pelanggan secara efektif.
Delegasi UiTM Cawangan Kelantan melalui Unit ICAN Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat & Alumni (BPJIM&A) dengan kerjasama Pusat Jaringan Alumni (ANC) telah diketuai oleh Profesor TPr. Dr. Jamalunlaili Abdullah (Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni, ICAN), Profesor Madya Datin Sri Dr. Nazura Mohamed Sayuti (Pengarah Pusat Jalinan Alumni) dan Encik Muhamad Luthfi Mohaini (Ketua Jaringan Alumni UiTM). Manakala delegasi UiTM Cawangan Kelantan pula terdiri daripada Profesor Dr. Mohd Afandi Mat Rani (Rektor), Dr. Norzieha Mustapha (Timbalan Rektor PJIM&A), Dr. Nazhatul Sahima Mohd Yusoff (Koordinator ICAN), Profesor Madya Dr. Marziana Madah Marzuki (Koordinator RMU), Puan Rabaatul Azira Hassan (Penyelaras Jaringan Alumni), Puan Shalwati Ramli (Penolong Pendaftar Kanan BPJIM&A) dan barisan pengurusan kanan UiTM Cawangan Kelantan serta Jawatankuasa Jelajah Alumni Berjaya UiTM Cawangan Kelantan.
Penyedia Laporan:
Dr. Nazhatul Sahima Mohd Yusoff
Koordinator ICAN
Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat & Alumni
UiTM Cawangan Kelantan