Bengkel Penyelaras Sukan dan Dokumentasi Proses Kerja Unit Sukan UiTM Cawangan Kelantan

MACHANG, 6 Februari - Unit Sukan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Kelantan telah menganjurkan ‘Bengkel Penyelaras Permainan dan Dokumentasi Proses Kerja’ bagi meningkatkan kecekapan staf dalam penyelarasan permainan dan dokumentasi kerja pada 28 Januari 2025. Bengkel tersebut telah diadakan di Bilik Mesyuarat Unit Sukan dan melibatkan 8 orang staf Unit Sukan.

Bengkel ini dimulakan dengan Slot Peranan Penyelaras Sukan dan Permainan oleh Encik Mohd Yazli Yahaya (Timbalan Pengarah Pembangunan, Pusat Sukan UiTM Malaysia), diikuti dengan sesi Taklimat Dokumentasi Proses Kerja UiTM oleh Encik Hishamudin Mohd Twontawi. Program diteruskan dengan sesi penulisan proses kerja Unit Sukan UiTMCK dibimbing oleh Puan Nazlin Mat Rahim. Para peserta dibahagikan kepada dua kumpulan bagi menyiapkan penulisan proses kerja.

Akhir kata, bengkel ini telah memberi manfaat yang besar kepada peserta dalam memahami peranan penyelaras sukan serta kepentingan dokumentasi proses kerja bagi meningkatkan kecekapan dan profesionalisme dalam pengurusan Unit Sukan UiTM Cawangan Kelantan. Semoga hasil daripada penganjuran bengkel pada kali ini dapat memperkasakan lagi pengurusan sukan di UiTMCK.

Penyedia Laporan:
Encik Syawalul Imran Yusoff
Pembantu Sukan Kanan
Unit Sukan
Bahagian Hal Ehwal Pelajar