MACHANG, 14 Januari - Jawatankuasa Perwakilan Kolej Tun Hussein Onn (JPK THO) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) telah menganjurkan program ‘Road to Jannah': Kursus PraPerkahwinan Islam pada 8 dan 9 November 2024 di UiTM Cawangan Kelantan. Program ini melibatkan seramai 150 peserta dan 9 penceramah berpengalaman dalam bidang perkahwinan, kesihatan, dan undang-undang syariah. Program ini telah dirasmikan oleh Encik Meer Zhar Farouk Amir Razli, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar (HEP) UiTM Cawangan Kelantan dan turut dihadiri oleh Tuan Haji Mohd Suhaimi Mohamed selaku wakil dari pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK).
Matlamat dan objektif program adalah bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada mahasiswa mengenai pengurusan perkahwinan, cerai, dan rujuk. Peserta program juga telah memberi maklum balas yang positif mengenai pengisian, kemudahan, dan peralatan yang disediakan. Jawatankuasa Perwakilan Kolej Tun Hussein Onn berharap agar program ini dapat diteruskan pada masa hadapan.
Penyedia Laporan:
Saudari Nur Miza Zulaikha Halkimi
Pengarah Program
'Road to Jannah': Kursus Pra Perkahwinan Islam