Kunjung Hormat Unit Pengurusan Penyelidikan (RMU) Ke Pusat Kajian Strategik (PKS) Negeri Kelantan

KOTA BHARU, 1 Disember - Pada 21 November 2024, Research Management Unit (RMU), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kelantan telah mengadakan kunjung hormat ke Pusat Kajian Strategik (PKS) Negeri Kelantan. Kunjung hormat ini telah diketuai oleh Dr. Norzieha Mustapha, Timbalan Rektor Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri dan Alumni (BPJIA), bersama-sama Prof. Madya Dr. Marziana Madah Marzuki, Koordinator Unit Pengurusan Penyelidikan serta Dr. Siti Zulaikha Mustapha Penyelaras Geran Luar Unit Pengurusan Penyelidikan.

Bagi pihak PKS, sesi perbincangan tersebut telah dipengerusi oleh Pengarah PKS, Dr. Wan Nik Wan Yussof, bersama-sama Pegawai Penyelidik Ekonomi, Puan Siti Zainah Zawawi, Pegawai Penyelidik Sosial, Encik Nik Najmil Hanif Ab Rahim, Pegawai Penyelidik Strategik, Encik Hamdan Ismail dan Penolong Pegawai Penyelidik Strategik, Puan Nurul Izzati Mohd Yasin.

Dalam sesi kunjung hormat ini kedua-dua pihak telah membincangkan potensi kerjasama terutamanya berkaitan penyelidikan. Pihak UiTMCK telah berkongsi maklumat mengenai kepakaran-kepakaran penyelidikan yang boleh dimanfaatkan untuk membantu PKS serta pembangunan negeri Kelantan melalui penyelesaian berasaskan penyelidikan. Sesi perbincangan ini telah diadakan di Che Wok Hotel, Kota Bharu Kelantan.

Penyedia Laporan:
Siti Zulaikha Mustapha
Penyelaras Geran Luar
Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat & Alumni
UiTM Cawangan Kelantan

Prof. Madya Dr. Marziana Madah Marzuki
Koordinator Unit Pengurusan Penyelidikan
Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat & Alumni
UiTM Cawangan Kelantan