Agihan Sumbangan Dapur HEP - Yayasan Prihatin Malaysia

MACHANG, 1 Disember - Unit Residensi & Hospitaliti Pelajar (URHP) telah membuat agihan sumbangan Yayasan Prihatin Nasional Malaysia Fasa 3 kepada semua Dapur HEP di Kolej Kediaman UiTM Cawangan Kelantan. Agihan ini telah dilaksanakan sebanyak 3 fasa pada bulan Mac, September dan November, hasil dari sumbangan RM6,000 daripada Yayasan Prihatin Malaysia pada Februari 2024.

Pihak URHP sebagai urusetia Dapur HEP telah menguruskan hasil sumbangan yang diberikan dari agensi dan sumbangan persendirian untuk diagihkan dan menguruskan proses perolehan barang-barang keperluan mengikut permintaan warga residen dan jumlah sumbangan yang diterima.

Sesi agihan ini telah disempurnakan oleh Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Kelantan, Encik Meer Zhar Farouk Amir Razli diiringi Ketua Unit URHP, Encik Mohd Azrul Sidek.

Sekiranya ada mana-mana agensi atau persendirian yang ingin memberi sumbangan ke Dapur HEP, boleh hubungi Encik Mohd Azrul Sidek di talian berikut 09-976 2121/013 512 5787.

Penyedia Laporan:
Encik Mohd Azrul Sidek
Penolong Pendaftar Kanan
Unit Residensi & Hospitaliti Pelajar (URHP)
Bahagian Hal Ehwal Pelajar
UiTM Cawangan Kelantan