GUA MUSANG, 16 Julai - Program Kajian Penjanaan Pendapatan di Kalangan Peserta Miskin Tegar Jajahan Gua Musang (DiME2024) merupakan inisiatif yang bertujuan untuk meningkatkan pendapatan dan taraf hidup peserta miskin tegar di Jajahan Gua Musang melalui pemasaran digital. Program ini menyediakan latihan dan sokongan untuk membantu peserta memahami dan memanfaatkan alat serta platform pemasaran digital dalam menjalankan perniagaan mereka.
Objektif program adalah bertujuan untuk:
- Meningkatkan Kemahiran Digital - Memberi latihan intensif mengenai asas pemasaran digital dan mengajar cara menggunakan platform media sosial seperti Facebook, TikTok, Marketplace untuk tujuan pemasaran.
- Peningkatan Pendapatan - Membantu peserta memulakan perniagaan dalam talian dan menyediakan strategi pemasaran yang berkesan untuk meningkatkan jualan.
- Pembangunan Komuniti - Menggalakkan semangat keusahawanan dalam kalangan masyarakat miskin tegar dan membangunkan rangkaian sokongan antara peserta untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman.
Program ini telah berlangsung dengan jayanya pada 27 Mei 2024 dengan kehadiran peserta seramai 29 orang bertempat di Kesedar Inn, Gua Musang, Kelantan. Peserta yang terpilih adalah merupakan usahawan kecil dari Gua Musang. DiME2024 merupakan usahasama antara Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) Negeri Kelantan dengan Unit MASMED UiTM Cawangan Kelantan. Program ini bertujuan untuk membantu peserta meningkatkan pendapatan mereka melalui latihan pemasaran digital yang komprehensif. Selain latihan, peserta juga menerima sijil penyertaan dan bantuan dalam bentuk peralatan bagi membantu mereka menjalankan perniagaan dengan lebih efektif.
Program sehari ini telah diisi dengan 7 modul iaitu:
- Modul 1: Usahawan Dalam Islam
- Modul 2: Tips Penting Usahawan Berjaya
- Modul 3: Pengurusan Kewangan
- Modul 4: Zero Cost Marketing
- Modul 5: Affiliate Marketing
- Modul 6: Membina Konten Secara Berkesan
- Modul 7: Teknik Jualan dan Live di Tik Tok
Selain daripada modul-modul tersebut, peserta juga amat bertuah kerana diberi tunjuk ajar tentang cara-cara yang tepat dan menarik untuk mengambil foto dan video bagi tujuan pengiklanan dan pemasaran.
Pemantauan berterusan terhadap kemajuan peserta dan penilaian berkala untuk mengukur keberkesanan program ini dilaksanakan oleh fasilitator-fasilitator yang dilantik oleh Unit MASMED UiTM Cawangan Kelantan. Sokongan mentor-mentor yang berpengalaman dalam pemasaran digital bagi membimbing para peserta untuk melaksanakan dan mempraktikkan pemasaran digital. Para fasilitator yang dilantik untuk program ini terdiri daripada pensyarah dengan latar belakang bidang yang berbeza-beza, memastikan peserta mendapat panduan yang menyeluruh dan pelbagai perspektif dalam aspek pemasaran digital. Ini termasuk kemahiran teknikal, strategi pemasaran, dan pengurusan perniagaan. Pensyarah-pensyarah yang terlibat sebagai fasilitator adalah:
- Puan Nur Hazelen Mat Rusok – Koordinator MASMED UiTM Cawangan Kelantan
- Puan Suraya Husin - Ketua Projek
- Puan Nor Haslina Ramli – Fakulti Pengurusan Perniagaan
- Puan Roseliza Hamid – Fakulti Pengurusan Perniagaan
- Puan Ros Fatihah Che Mat – Fakulti Pengurusan Perniagaan
- Puan Nor Sabrina Zahari – Fakulti Pengurusan Perniagaan
- Puan Siti Sarah Mohamed – Fakulti Pengurusan Perniagaan
- Puan Norsilawati Hassan – Fakulti Pengurusan Perniagaan
- Dr. Azyanee Luqman – Fakulti Pengurusan Perniagaan
- Encik Hasanul Firman Md Apandi – Fakulti Pengurusan Perniagaan
- Puan Muhaniza Zainal Ariffin – Fakulti Perakaunan
- Puan Samsuria Abdul Rahman – Fakulti Perakaunan
- Ts. Rozita Shamsudin – Kolej Pengajian Seni Kreatif
- Encik Azhar Abdul Aziz - Kolej Pengajian Seni Kreatif
- Puan Nur Shaliza Shapiai ¬– Fakulti Pengurusan Maklumat
- Puan Siti Aswani Mohd Ghazali – Fakulti Pengurusan Maklumat
- Encik Mohd Zafian Mohd Zawawi – Fakulti Pengurusan Maklumat
- Puan Norhafizan Awang – Akademik Pengajian Bahasa
- Puan Nor Asmira Mat Jusoh – Akademi Pengajian Islam Kontemporari
- Puan Zaiton Mustapha – Akademi Pengajian Islam Kontemporari
DiME2024 bukan sahaja bertujuan untuk meningkatkan pendapatan peserta tetapi juga untuk membina komuniti yang lebih berdaya tahan dan berdaya saing. Melalui pembangunan kemahiran digital dan semangat keusahawanan, peserta akan dapat memanfaatkan peluang-peluang yang ditawarkan oleh ekonomi digital, seterusnya membantu mereka keluar dari kitaran kemiskinan.
Secara keseluruhannya, DiME2024 diharapkan dapat membawa perubahan yang signifikan dan berterusan kepada kehidupan peserta, serta menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan sosial di Jajahan Gua Musang. Dengan sokongan berterusan dan penilaian yang berterusan, program ini berpotensi menjadi model kejayaan yang boleh dicontohi oleh kawasan-kawasan lain yang menghadapi cabaran yang serupa. Pemasaran digital telah membuktikan dirinya sebagai alat yang sangat berkesan untuk membantu perniagaan kecil dan sederhana (PKS), terutamanya dalam kalangan peserta miskin tegar, dalam meningkatkan pendapatan dan memperluas capaian pasaran mereka. Dengan program seperti DiME2024, kita dapat melihat bagaimana pemasaran digital boleh menjadi pemangkin kepada perubahan positif dalam kehidupan masyarakat yang kurang bernasib baik.
Penyedia Laporan:
Encik Azhar A Aziz
Kolej Pengajian Seni Kreatif
Ts. Rozita Shamsudin
Kolej Pengajian Seni Kreatif
Puan Muhaniza Zainal Ariffin
Fakulti Perakaunan
Puan Samsuria Abdul Rahman
Fakulti Perakaunan
Puan Roseliza Hamid
Fakulti Pengurusan Perniagaan