Road To GRU 2025: Courtesy Visit to Universitas Pendidikan Indonesia (UPI) - Akademi Pengajian Bahasa (APB)

INDONESIA, 26 Mac - “Serumpun Bak Serai, Sesusun Bak Sireh” begitulah kerukunan hidup apabila semua saling bekerjsama, harmoni & sejahtera. Berbekalkan prinsip tersebut, Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan (UiTMCK) mengorak langkah melakukan kunjungan hormat ke Fakultas Pendidikan Bahasa dan Sastra, Universitas Pendidikan Indonesia (UPI), Bandung, Indonesia dalam rangka membina kerjasama global antara universiti sekitar Asia Tenggara untuk menjalin hubungan yang lebih akrab dalam memajukan sektor Pendidikan Bahasa Inggeris di rantau ini. Kunjungan ini diwakili oleh Dr. Warid Mihat, Dr. Suryani Awang dan Puan Asiah Said (Pensyarah Kanan dan Pensyarah APB). Delegasi UiTMCK ini telah disambut mesra oleh Dekan fakultas tersebut iaitu Profesor. Dr. Tri Indri Hardini, M.Pd., Profesor. Dr. Emi Emillia, M.Ed.,PhD., Dr. Gin Gin Gustine, MPd., PhD., dan Dr. Rojab Siti Rodliyah, S.Pd, M.Ed. selaku perantara antara Universitas Pendidikan Indonesia & Akademi Pengajian Bahasa (APB) UITMCK.

Antara program kerjasama yang telah dipersetujui adalah International Lecture Series, Summer Camp Program dan Pertukaran Staf Akademik antara dua jabatan berbeza.  Selain dari itu, kedua-dua pihak juga merangka kolaborasi penyelidikan, pelaksanaan Collaborative Teaching, Mobiliti Mahasiswa dan beberapa lagi program yang bakal dimurnikan untuk pelaksanaan yang bertapak di Kampus Cawangan Kelantan. Keberhasilan dari kunjungan ini bakal memberi peluang yang lebih luas kepada para pensyarah APB UiTMCK terutamanya dalam meneruskan misi GRU2025 menerusi pembelajaran dan pengajaran serta penyelidikan bersama rakan-rakan sejawatan yang sangat berpengalaman di UPI. Semoga kerjasama keilmuan ini akan mekar dan terus digilap sepanjang masa.


Penyedia Laporan:
Puan Asiah Said
Department of International Affairs
UiTM Cawangan Kelantan