INDONESIA, 26 Mac - Bersempena dengan Courtesy Visit Globally Renowned University (GRU2025) ke Indonesia baru-baru ini, rombongan UiTM Cawangan Kelantan yang diketuai oleh Rektor, Profesor Dr. Abdol Samad Nawi telah berkesempatan untuk membuat kunjungan hormat ke Fakultas Ilmu Pengetahuan Budaya pada 28 Februari 2024 di Universitas Indonesia (UI), Jakarta, Indonesia. Pertemuan ini telah mendapat sambutan yang sangat baik oleh Dekan fakulti tersebut iaitu Dr. Bondan Kanumoyoso, M.Hum., Manajer Pendidikan, Dr. Rouli Esther dan Ketua Program Studi Inggris, Dr. Asri Saraswati. Manakala delegasi UiTM hadir bersama, Prof Madya Dr Mohd Nasir Ismail (TRek HEA), Dr Norzieha Mustapha (TRek PJIA), Dr Warid Mihat (LO OIA), Dr. Suryani Awang (Pensyarah Kanan APB), Puan Asiah Said (pensyarah APB), Dr Nazhatul Sahima Mohd Yusoff (ICAN). Tujuan utama lawatan hormat ini adalah untuk melebarluaskan penglibatan APB UiTM Cawangan Kelantan di peringkat antarabangsa bersama Unit Prodi Bahasa Inggris, FIB UI.
Antara perkara perbincangan yang telah dibentangkan adalah mengenai pertukaran staf akademik, Global Lecture Series, Summer program @ UiTMCK dan mobiliti mahasiswa. Sementara itu, cadangan balas dari pihak UI juga memohon supaya mahasiswa dapat melakukan pemindahan kredit keatas program mobility pembelajaran yang bakal diadakan. Pertukaran buah fikiran dan pendapat antara dua buah universiti membawa kepada satu pengharapan yang positif dalam merealisasikan amanat dan sasaran GRU2025. Semoga kerjasama ini akan dapat menambahbaik nilai sedia ada dan pembangunan rangkaian ini, agar mampu meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran serta khidmat pada masyarakat glokal mahupun global.
Puan Asiah Said
Setiausaha