Majlis Amanat Rektor 2024 Universiti Teknologi MARA, Cawangan Kelantan

MACHANG, 20 Mac – Majlis Amanat Rektor 2024 Universiti Teknologi MARA, Cawangan Kelantan diadakan pada 14 Mac 2024 di Dewan Profesional Universiti Teknologi MARA, Cawangan Kelantan Kampus Machang.

Amanat Rektor adalah sebuah acara tahunan yang sentiasa akan diadakan pada setiap kampus. Bagi tahun 2024, Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan merupakan sebuah pusat Gedung ilmu lahirnya insaniah yang berkualiti. Hal Ini penting, untuk setiap individu menghayati setiap Nilai Insan dan Ihsan dalam kehidupan seharian.

Majlis Amanat Rektor beraksi di Persada Global adalah pilihan Rektor UiTMCK, iaitu Profesor Dr. Haji Abdul Samad Nawi.

Tahun 2023 telah ditinggalkan dengan seribu satu kenangan. Tidak dinafikan, ia berlalu dengan begitu pantas, dan kini sudah melangkah ke tahun 2024. Pada tahun baharu yang membawa seribu azam baharu buat kita. Serta didahulukan dengan  ucapan selamat tahun baharu kepada seluruh warga UiTM Cawangan Kelantan yang telah menunjukkan kesungguhan dan kecemerlangan dalam memastikan pelan strategik UiTM 2020-2025 berjalan lancar selaras dengan objektif dan sasarannya.

Harapan Rektor, seluruh warga UiTM Cawangan Kelantan dapat memulakan tahun baharu 2024 ini dengan penuh semangat, azam serta iltizam yang tinggi. Semoga tahun ini dan tahun-tahun mendatang sentiasa memberikan peluang untuk kita melaksanakan urusan kehidupan dan pekerjaan dengan berjaya dan cemerlang. Insyaallah, semoga amanah yang dipikul di bahu setiap individu selaku penjawat awam dan warga akademik akan dapat digalas dengan penuh rasa terhormat.

Keseluruhan warga UiTMCK adalah cerminan kepada konsep karamah, insaniah dan masyarakat Madani yang menjadi slogan kepimpinan masa kini. Di dalam setiap usaha yang kita lakukan, penekanan kepada aspek karamah insaniah melalui pembentukan adab, akhlak dan integriti haruslah diutamakan.

UiTMCK juga perlu menyelusuri semula aspek Falsafah Pendidikan Negara yang menekankan keseimbangan intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi membangkitkan individu yang sejahtera dan dapat memberi sumbangan kepada negara.  

Elemen elemen ini adalah usaha penting untuk menginsankan mahasiswa melalui konsep memanusiawi. Hal ini agar mereka mempunyai perasaan empati dan kasih sayang terhadap satu sama lain. Tahun 2024 adalah tahun penting yang menyaksikan pelbagai impak dan implikasi yang muncul natijah daripada perubahan global yang berlaku. 

Oleh yang demikian, sejauh mana golongan ini dapat disatukan sejauh itulah organisasi kita akan kekal teguh. Namun jika longgar ikatan mereka, maka longgarlah ikatan kekuatan organisasi kita. Oleh itu, usaha untuk membentuk jati diri bagi setiap individu menjadi tanggungjawab yang penting untuk digalas bersama agar ia bersifat terancang dan bersungguh-sungguh.  

Pautan Rakaman Amanat Rektor 2024 Universiti Teknologi MARA, Cawangan Kelantan: Amanat Rektor 2024 UiTMCK

Penyedia Laporan:
Unit Komunikasi Korporat
UiTM Cawangan Kelantan