Festival Seni Budaya Mahasiswa UiTM Se-Malaysia 2024 (FESMA24)

DUNGUN, 19 Mac - Unit Kebudayaan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UiTM Cawangan Kelantan telah menyertai Festival Seni Budaya Mahasiswa UiTM Se-Malaysia 2024 (FESMA24) bertempat di UiTM Cawangan Terengganu, Kampus Dungun pada 3 hingga 7 Mac 2024. Festival ini merupakan anjuran Unit Kebudayaan UiTM Cawangan Terengganu dengan kerjasama Pusat Kebudayaan dan Unit Kebudayaan UiTM Se-Malaysia.

(FESMA 2024) kali ini telah disertai oleh 12 buah cawangan UiTM seluruh Malaysia. UiTM Cawangan Kelantan telah mendapat Naib Johan dalam pertandingan Sayembara Puisi yang telah diwakili oleh Nur Auni Asfarina Binti Junaidi, pelajar semester 1. Ianya merupakan satu pencapaian yang membanggakan untuk UiTM Cawangan Kelantan.

Penyedia Laporan:
Puan Noor Emma Farihan Zakaria
Penolong Pegawai Kebudayaan Kanan
Unit Kebudayaan
Bahagian Hal Ehwal Pelajar