Indexed Journal Publication: Enhancing Research Visibility Through Effective Writing and Publication Strategies

MACHANG, 28 Februari - Fakulti Pengurusan dan Perniagaan (FPP) UiTM Cawangan Kelantan telah berjaya mengadakan satu bengkel penulisan yang bertajuk ‘Indexed Journal Publication: Enhancing Research Visibility Through Effective Writing and Publication Strategies’ pada 22 Februari 2024 bertempat di Dewan Hassan Said (DHS), UiTM Kampus Kota Bharu.

Seramai 40 orang pensyarah dari FPP telah hadir ke program ini. Tujuan program ini diadakan adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan memupuk budaya penulisan dalam kalangan para pensyarah serta memberi ruang kepada para pensyarah untuk menyiapkan artikel masing-masing. Program ini dijayakan oleh empat orang ahli jawatankuasa URMI FPP iaitu Dr. An Nur Nabila Ismail selaku pengarah program dan turut dibantu oleh Dr. Siti Zahirah Omar, Dr. Cheam Chai Li dan Encik Ahmad Faiz Abdul Halim selaku fasilitator. Program telah dirasmikan oleh Ketua Pusat Pengajian FPP, Dr. Azmahani Yaabob@Othman.

Program ini juga telah menjemput Dr. Wan Marhaini Wan Omar selaku penceramah jemputan di mana beliau telah berkongsi ilmu tentang penyelidikan berindeks.  Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat membantu untuk menyemarakkan budaya menulis dan penerbitan dalam kalangan pensyarah.

Penyedia Laporan:
Dr. An Nur Nabila
Pensyarah Kanan
Fakulti Pengurusan dan Perniagaan