Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Antara UiTM Cawangan Kelantan dan Selasar Sunaryo Pavilion Art Space, Bandung, Indonesia

MACHANG, 28 Februari - Kolej Pengajian Seni Kreatif (KPSK) dengan kerjasama Unit ICAN Bahagian PJIA, UiTM Cawangan Kelantan telah mengadakan sesi Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama dengan Selasar Sunaryo Art Space, Bandung Indonesia.

Alhamdulillah, Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara UiTM Cawangan Kelantan bersama dengan Selasar Sunaryo Art Space telah berlangsung dengan lancar dan jayanya. Untuk pengetahuan umum, Selayar Sunaryo Art Space adalah salah sebuah institusi seni terkenal di Bandung, Indonesia.

Memorandum Persefahaman bagi pihak UiTM Cawangan Kelantan telah ditandatangani oleh Prof. Dr. Haji Abdol Samad Nawi selaku Rektor UiTM Cawangan Kelantan manakala Selasar Sunaryo Art Space pula ditandatangani oleh Arin Dwihartanto Sunaryo yang merupakan pengarah Selasar Sunaryo Art Space Bandung Indonesia. Antara intipati MoU ini adalah untuk menjalinkan hubungan dan kerjasama dua hala di antara UiTM Cawangan Kelantan dengan Galeri Selasar Sunaryo dalam bidang akademik, kesenian dan kebudayaan.

Delegasi UiTM Cawangan Kelantan terdiri daripada Prof. Dr Hj. Abdol Samad Nawi (Rektor), Dr. Norzieha Mustapha, (Timbalan Rektor PJIA), Dr. Nazhatul Sahima Mohd Yusoff, (Koordinator ICAN), Encik Shahrul Hisham Ahmad Tarmizi, Puan Siti Safura Zahari dan Puan Nur Fatiyah Roslan, pensyarah KPSK. Selain itu, 5 orang mahasiswa dari KPSK UiTM Cawangan Kelantan juga turut hadir dalam sesi keterjalinan perjanjian MoU melibatkan dua organisasi bagi dua negara dalam bidang akademik, kesenian dan kebudayaan.

Penyedia Laporan:
Dr. Nazhatul Sahima Mohd Yusoff
Koordinator ICAN
Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri dan Alumni