Do Good Challenge Season 2

MACHANG, 26 Disember - Unit ICAN, Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri dan Alumni (BPJIA), UiTM Cawangan Kelantan dengan kerjasama Syarikat Good Virtues Co. telah menganjurkan program ‘Do Good Challenge Season 2’ bertempat di UiTM Cawangan Kelantan Kampus Machang pada 4 Disember 2023. 

Pengisian program ini melibatkan dua slot iaitu slot ‘Classroom Talk’ dan juga slot ‘Campus Roadshow’. Penceramah bagi slot ini adalah Ts. Mohd Zafian Mohd Zawawi, Pensyarah kanan di UiTM Cawangan Kelantan. Slot ‘Classroom Talk’ ini dihadiri oleh 100 orang peserta dalam kalangan para pelajar dari pelbagai kelab dan persatuan yang ada di UiTM Cawangan Kelantan Kampus Machang. 

Antara objektif utama slot ini adalah untuk mencungkil bakat para pelajar serta mengembangkan dan menghasilkan idea inovasi yang baru. Hasil daripada usaha pelajar ini akan diketengahkan bagi memberi impak positif kepada masyarakat.

Manakala slot ‘Campus Roadshow’ telah diadakan di Foyer Blok D, UiTM Cawangan Kelantan Kampus Machang. Sebanyak 500 sampel produk Good Virtues Co. telah disediakan antaranya ialah gel mandian, sabun pencuci muka, dan syampu rambut bagi peserta yang mengunjungi dan menyertai program di booth tersebut. Melalui slot ini pelajar dapat mengetahui lebih lanjut berkaitan sumber dan bahan yang digunakan di dalam penghasilan produk-produk ini. 

Program ini dihadiri oleh Dr. Norzieha Mustapha, Timbalan Rektor Penyelidikan, Jaringan, Industri dan Alumni (PJIA) yang turut bersama-sama memeriahkan program bersama para pelajar.

Secara keseluruhannya, para pelajar memberikan feedback yang positif sepanjang program berlangsung dan berharap program seumpama ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan.

Penyedia Laporan: 
Dr. Nazhatul Sahima Mohd Yusoff
Koordinator ICAN