Kursus Pengukuhan Jati Diri ESI & i-DART

MACHANG, 29 November - Kursus Pengukuhan Jati Diri ESI & i-DART telah diadakan pada 22-23 November 2023 di bilik Seminar Perpustakaan Tengku Anis UiTM Cawangan Kelantan, Kampus Machang yang dihadiri oleh 20 orang anggota Polis Bantuan UiTMCK. Ceramah disampaikan oleh 4 orang penceramah iaitu Encik Hishamudin Mohamad Twontawi (Timbalan Pendaftar Kanan), Puan Che Azlina Che Pa (Kaunselor Psikologi Kanan HEP), Dr. Nik Muzaiman Mustapha (Pegawai Perubatan UiTM) dan Encik Mohd Khusairi Marzuki (Penolong Pendaftar Kanan Hal Ehwal Islam). Tujuan kursus ini adalah untuk mengukuhkan kerjasama dalam menjalankan tugas-tugas seharian yang diamanahkan kepada semua anggota Polis Bantuan UiTMCK.

Penyedia Laporan:
Puan Norhayati Daraman
Pengawal Keselamatan Kanan
Pejabat Polis Bantuan