MACHANG, 21 November - Sempena dengan pembukaan geran Fundamental Research Grant Scheme (FRGS) 2024, Unit Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (URMI) telah mengadakan Bengkel Persediaan dan Pemurniaan Kertas Penyelidikan FRGS 2024 dengan bantuan penceramah jemputan Profesor Ts. Dr. Shafinar Ismail dari UiTM Cawangan Melaka pada 19 November 2023. Tujuan bengkel ini adalah bagi membantu para penyelidik mendapatkan tunjuk ajar serta panduan yang lebih terperinci tentang tatacara permohonan geran FRGS 2024. Ia juga bertujuan untuk memastikan lebih banyak geran FRGS dapat diperolehi oleh UiTM Cawangan Kelantan pada tahun 2024. Menurut Timbalan Rektor Penyelidikan, Jaringan Industri dan Alumni (PJIA) Dr. Norzieha Mustapha, bengkel ini diharapkan dapat membantu UiTM Cawangan Kelantan untuk mempertingkatkan jumlah geran FRGS pada tahun 2024 setelah berjaya memperolehi geran FRGS 2023 sebanyak RM348,300. Beliau berharap usaha murni URMI ini dapat diteruskan oleh fakulti masing-masing selepas ini.
Penyedia Laporan:
Profesor Madya Dr. Marziana Madah Marzuki
Koordinator URMI
Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri dan Alumni