Pertandingan Debat Piala Rektor 2023

MACHANG, 13 November - Kelab Debat dan Pidato UiTM Cawangan Kelantan telah mengadakan Pertandingan Debat Piala Rektor 2023 yang berlangsung secara atas talian bagi pusingan awal pada 2 dan 3 November 2023 manakala pada 4 November 2023 bagi pusingan separuh akhir dan pusingan akhir. Pertandingan tersebut terbahagi kepada dua kategori iaitu Debat Bahasa Melayu dan Debat Bahasa Inggeris. Sebanyak 10 pasukan telah berentap dalam arena perdebatan iaitu wakil bagi setiap fakulti, Majlis Perwakilan Pelajar, UiTM Kampus Kota Bharu serta pasukan debat muda.

Objektif utama pertandingan ini dijalankan adalah untuk mengasah bakat pelajar dalam kemahiran berkomunikasi dalam membincangkan sesuatu isu. Selain itu, dapat melahirkan mahasiswa yang berani untuk bercakap di hadapan khalayak ramai. Akhir sekali, dapat melahirkan masyarakat yang berilmu dan berfikiran kritis dalam mentaksir maklumat.

Kesannya, pertandingan ini dapat memberikan impak yang positif ke dalam diri setiap mahasiswa dari segi pemikiran yang kritis serta dapat memberikan pendedahan kepada mereka bagaimana sesebuah arena perdebatan itu dijalankan.

Penyedia Laporan:
Saudara Imran Masjudin@Mahyudin
Setiausaha
Kelab Debat dan Pidato