MACHANG, 09 November - Unit Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (URMI) telah menerima kunjungan dari Unit Pemantauan dan Unit Operasi Research Management Centre (RMC) UiTM yang diketuai oleh Profesor Madya Dr. Mohammad Johari Ibahim dari Unit Pemantauan, Puan Norazlin Suboh dari Unit Operasi dan Encik Zulhilmi Shazhali dari Pejabat Pengarah RMC pada 06 November 2023. Turut hadir bersama barisan pegawai RMC Puan Nor Syafiqah Abdullah dan Puan Diyana Yunus.
Sesi jelajah diadakan bagi memberi ruang perbincangan bersama penyelidik dalam isu pengurusan penyelidikan yang meliputi pelaporan prestasi dan perbelanjaan geran terutamanya geran di bawah tajaan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sama ada melalui sistem iRMIs mahupun MyGRANTS.
UiTM Cawangan Kelantan mengucapkan terima kasih kepada pihak RMC atas pencerahan dalam pengurusan kewangan geran bagi memastikan geran digunakan sepenuhnya untuk mencapai objektif kajian serta membantu organisasi mencapai hala tuju yang ditetapkan.
Terima kasih juga kepada penerima geran KPT yang hadir. Semoga pencerahan yang diberikan dapat membentuk anda menjadi penyelidik yang lebih bertanggungjawab terhadap amanah yang diberikan.
Penyedia Laporan:
Profesor Madya Dr. Marziana Madah Marzuki
Koordinator
Unit Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (URMI)
Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri & Alumni