Perasmian SemaQ Barber, "Barberpreneur" & "Campus Biz Smart System" UiTM Cawangan Kelantan

MACHANG, 08 November - Majlis Perasmian Barberpreneur, SemaQ Barber UiTM Cawangan Kelantan telah disempurnakan oleh Profesor Ts. Dr. Salmiah Kasolang, Penolong Naib Canselor Akademi Pembangunan PKS & Keusahawanan Malaysia (MASMED) pada 29 Oktober 2023. Turut hadir bersama memeriahkan lagi majlis ini ialah Ts. Dr. Nik Roselina Nik Roseley, Pengarah Pusat Keusahawanan Mahasiswa MASMED, Profesor Dr. Haji Abdol Samad Nawi, Rektor UiTMCK, Encik Meer Zhar Farouk Amir Razli, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar (HEP), Dr. Norzieha Mustapha, Timbalan Rektor Penyelidikan, Jaringan Industri & Alumni (PJIA), Dr. Nurazleena, Koordinator MASMED UiTMCK dan Encik Azrul Sidek, Penolong Pendaftar Kanan merangkap AJK MASMED & Ketua Projek Barberpreneur UiTMCK.

Projek ini merupakan inisiatif pihak Unit Pengurusan Kolej dan Non-Residen dengan kerjasama Unit MASMED UiTM Cawangan Kelantan untuk mewujudkan kemudahan kedai gunting pertama di UiTMCK Kampus Machang bagi memenuhi keperluan semasa pelajar siswa dan siswi. Rasional kewujudan Barberpreneur – SemaQ Barber ini adalah untuk memberi kemudahan di kolej kediaman mahasiswa. Di samping itu, ianya memberi ruang keusahawanan kepada mahasiswa melalui perkhidmatan gunting rambut. Kewujudan SemaQ Barber ini juga dapat memanfaatkan ruang sedia ada di kolej kediaman dengan mengalakkan mahasiswa untuk turut terlibat dalam aktiviti keusahawanan. Pada masa yang sama, ianya juga dapat mengurangkan aktiviti yang tidak sihat dalam kalangan mahasiswa.

Penyedia Laporan:
Encik Mohd Azrul Sidek
Ketua Projek
Barberpreneur UiTMCK