Bengkel Terapi Seni Lukis bersama Komuniti Autistik

MACHANG, 07 November - Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri dan Alumni (BPJIA) UiTM Cawangan Kelantan dengan kerjasama Pejabat Kebajikan Masyarakat Jajahan Machang telah menganjurkan Bengkel Terapi Seni Lukis bersama Komuniti Autistik sebagai satu usaha permulaan untuk meningkatkan kualiti hidup komuniti autistik di Jajahan Machang. Program ini bertujuan untuk mencungkil dan mengetengahkan bakat seni dalam kalangan komuniti autistik melalui aktiviti hands-on yang mencakupi tunjuk ajar, latihan dan bimbingan kepada mereka. Seramai 14 orang peserta yang berumur daripada seawal 4 tahun sehingga 29 tahun, dari empat Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Jajahan Machang iaitu PPDK Baitul Jannah Pulai Chondong, PPDK Permata Hati Bandar Machang, PPDK Insani dan PPDK Temangan yang telah terlibat dalam program ini.

Turut hadir menjayakan program ini adalah Dr. Norzieha Mustapha, Timbalan Rektor Penyelidikan, Jaringan Industri dan Alumni (PJIA), Puan Norsham Yahaya, Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat Jajahan Machang, Dr. Nazhatul Sahima Mohd Yusof, Koordinator Unit Jaringan Industri, Komuniti & Alumni (ICAN), Puan Noor Azreen Alimin, Penyelaras Unit Perkhidmatan Sokongan OKU dan Encik Mohd Azrul Sidek, Pegawai Perhubungan Ketidakupayaan (Disability Liaison Officer).

Jutaan terima kasih kepada para penceramah yang telah sama-sama menjayakan program ini dan berkongsi ilmu kepada peserta. Sesi hands-on berjaya dikendalikan oleh Encik Sarman Mohamad, Pensyarah Kanan, Kolej Pengajian Seni Kreatif dan sesi kedua adalah perkongsian daripada Dr. Julaina Baistaman, Pensyarah Kanan, Fakulti Pengurusan dan Perniagaan berkenaan “Penggunaan Media Sosial Media Secara Positif”.

Terima kasih kepada semua barisan jawatankuasa yang terlibat Dr. Fadila Normahia Abd Manaf, Puan Salwani Mohd Salleh, Puan Suziana Aida Othman, Puan Zati Iwani Abdul Manaf dan Puan Siti Nurani Zulkfli  diketuai oleh Dr. Roliza Md Yasin atas komitmen yang telah diberikan. Semoga lebih banyak program seumpama ini dianjurkan pada masa akan datang.

Penyedia Laporan:
Puan Suziana Aida Othman
Setiausaha Program
Bengkel Terapi Seni Lukis bersama Komuniti Autistik