Kunjungan Hormat & Taklimat Daripada Malaysian Mosque Development (L) Foundation & MHM Group

MACHANG, 18 Oktober – UiTM Cawangan Kelantan, Kampus Machang menerima kunjungan daripada Malaysian Mosque Development (L) Foundation & MHM Group pada 16 Oktober 2023. Kunjungan tersebut disambut sendiri oleh Prof. Dr. Haji Abdol Samad Nawi, Rektor UiTMCK bersama Pengurusan Kanan UiTMCK.

Tujuan kunjungan hormat ini adalah untuk mengadakan sesi perkongsian dan pandangan antara satu sama lain berkenaan Program Prihatin Masyarakat-Ku (2023 – 2033) oleh Pengurusan Kanan Malaysian Mosque Development (L) Foundation & MHM Group. Sesi perkongsian diberikan oleh Datuk Mohammed Hashbollah Maidunny, President/ CEO Malaysian Mosque Development (L) Foundation & MHM Group.

Penyedia laporan:
Pejabat Rektor
UiTM Cawangan Kelantan