MACHANG, 18 Oktober - Pada 16 Oktober 2023, UiTM Cawangan Kelantan telah menerima kunjungan hormat delegasi dari Seksyen Perisikan dan Profiling, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Cawangan Kelantan dan Ibu Pejabat, Cyberjaya. Pihak UiTM Cawangan Kelantan mengalu-alukan kehadiran seramai lapan (8) orang delegasi yang diketuai oleh Encik Jalias Ali, Pengarah Operasi Negeri.
Kehadiran delegasi LHDN telah disambut oleh Prof. Dr. Hj. Abdol Samad Nawi, Rektor UiTM Cawangan Kelantan, Dr. Norzieha Mustapha, Timbalan Rektor Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri dan Alumni (PJIA) UiTM Cawangan Kelantan, Dr. Nazhatul Sahima Mohd Yusoff, Koordinator ICAN UiTM Cawangan Kelantan dan Prof. Madya Dr. Marziana Madah Marzuki, Koordinator URMI UiTM Cawangan Kelantan.
Kunjungan yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri dan Alumni (PJIA), merupakan langkah proaktif dalam mengeksplorasi dan membina jalinan dua hala antara pihak LHDN dan UiTM Cawangan Kelantan, terutamanya yang berkaitan dengan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) dan Memorandum Perjanjian (MoA) bagi melaksanakan program-program jalinan kerjasama antara dua agensi tersebut pada masa hadapan, turut dibantu oleh Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Kelantan yang diketuai oleh Dr. Noor Marini Hj. Abdullah, Ketua Pusat Pengajian Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Kelantan.
Secara umumnya, kunjungan ini telah berjaya memenuhi objektifnya. Kami ingin mengucapkan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada delegasi LHDN dan semua pihak yang terlibat dalam kejayaan perjumpaan ini. Kami berharap hubungan yang terjalin melalui perjumpaan ini akan memacu kerjasama yang produktif dan berpanjangan antara LHDN dan UiTM Cawangan Kelantan, selain membuka ruang kolaborasi bersama pada masa akan datang.
Penyedia Laporan:
Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri dan Alumni
#ICANUiTMCK #TOGETHERNESS #MAKEITHAPPEN