MACHANG, 16 Oktober - Fakulti Pengurusan dan Perniagaan (FPP) dengan kerjasama Office of International Affairs, UiTM Cawangan Kelantan telah berjaya mengadakan Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) antara Universitas Muslim Nusantara Al-Washliyah (UMN AW), Indonesia dan Universiti Teknologi MARA (UiTM), Malaysia secara maya melalui platform YouTube Channel UiTM Cawangan Kelantan. Majlis ini adalah satu lagi kejayaan yang diperoleh kedua-dua pihak dalam merealisasikan hubungan erat antara institusi ini. MoA yang ditandatangani ini adalah bagi tujuan pertukaran staf dan pelajar yang direncana akan diadakan secara aktif pada 3 tahun akan datang. Ia dihadiri oleh pihak pengurusan kanan kedua-dua pihak. Bagi UiTMCK, diwakili oleh Rektor, Profesor Dr. Haji Abdol Samad Nawi manakala UMN AW diwakili oleh Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik iaitu Dr. H Anwar Sadat S.Ag. M.Hum. Dalam ucapan aluan, Rektor UiTMCK sangat berbesar hati dengan pencapaian MoA kali ini dan berharap segala perancangan aktiviti akan dapat dijayakan oleh kedua-dua pihak.
Penyedia Laporan:
Dr. Mariam Setapa
Pensyarah Kanan
Fakulti Pengurusan dan Perniagaan