Pra Bengkel Pemurnian Fail Kursus Bagi Kod Baharu Subjek Ekonomi Mengikut Struktur Program Anjal BA250 dan Perancangan Akademik Jabatan Ekonomi

KOTA BHARU, 11 Oktober - Jabatan Ekonomi UiTM Cawangan Kelantan telah mengadakan Pra Bengkel Pemurniaan Fail Kursus bagi kod baharu subjek Ekonomi mengikut Struktur Program Anjal bagi program BA250 pada 21 September 2023 bermula pada jam 9:00 pagi sehingga 4:00 petang di Dewan Latihan, UiTM Kampus Kota Bharu. Objektif program ini adalah untuk menjelaskan Struktur Program Anjal bagi Pelan Pengajian Baharu untuk Program Ijazah BA250, membincangkan cadangan pelantikan Lecturer In Charge untuk kod subjek Ekonomi, melaksanakan penambahbaikan fail-fail kursus untuk subjek Ekonomi, menyelaraskan bahan pengajaran serta melakukan perbincangan Perancangan Akademik Jabatan Ekonomi bagi tahun 2024. Peserta bengkel adalah terdiri daripada semua pensyarah Jabatan Ekonomi di UiTM Cawangan Kelantan Kampus Kota Bharu dan Kampus Machang.
 
 
 
Penyedia Laporan:
Dr. Nor Zuriati Amani Ab Rani
Pensyarah Kanan
Fakulti Pengurusan dan Perniagaan
 
Puan Nik Suriati Nik Hassan
Pensyarah Kanan
Fakulti Pengurusan dan Perniagaan