QUANZHOU & GUANGXI, 10 Oktober - Delegasi dari Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan (UiTMCK) yang diketuai oleh Prof. Dr. Haji Abdol Samad Nawi, Rektor UiTMCK telah mengadakan lawatan kolaborasi antarabangsa ke Quanzhou Vocational and Technical University (QVTU) yang terletak di Jinjiang, Quanzhou, dan Guangxi Minzu Normal University (GXMZNU) yang terletak di Chongzuo, Guangxi, China pada 10 hingga 18 September 2023. Delegasi turut disertai Dr. Norzieha Mustapha, Timbalan Rektor Penyelidikan, Jaringan Industri dan Alumni UiTMCK, Puan Lai See May selaku Liaison Officer, Department of International Affairs, UiTMCK, Encik Lee Hau, pensyarah pengiring serta 7 pelajar yang merupakan peserta International Youth Exchange Camp yang bertempat di QVTU. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang lawatan tersebut untuk mencari peluang melebarkan sayap kolaborasi antarabangsa UiTM secara strategik dan mengukuhkan lagi hubungan kerjasama antara QVTU, GXMZNU dan UiTMCK.
Delegasi UiTMCK juga telah diberi peluang untuk bertemu dan mengadakan perbincangan dengan beberapa perusahaan yang bertapak Quanzhou, China seperti Lilanz, Panpan Food, Anta Sports, Xiaoti, Huawei dan SinceTech bagi mewujudkan jalinan industri bertaraf antarabangsa antara UiTM dan juga usahawan-usahawan dari China. Prof. Dr. Haji Abdol Samad Nawi, Rektor UiTMCK, Barisan Pengurusan Kanan UiTMCK serta seluruh warga UiTMCK merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Professor Datuk Dr. Hajah Roziah Mohd Janor, Naib Canselor UiTM dan juga semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung atas sokongan dan dorongan yang padu dalam menjayakan Program Lawatan Kolaborasi Antarabangsa Delegasi UiTM Cawangan Kelantan ke Quanzhou Vocational and Technical University (QVTU) dan Guangxi Minzu Normal University (GXMZNU), China.
Penyedia Laporan:
Department of International Affairs