MACHANG, 10 Oktober 2023 - Unit Pengurusan Risiko (UPR) dengan kerjasama Pejabat Polis Bantuan (PPB), Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negeri (JKKPN) telah berjaya menganjurkan satu program keselamatan khusus untuk mahasiswa UiTMCK. Objektif program ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada mahasiswa UiTMCK mengenai aspek jenayah siber dan keselamatan semasa menggunakan kenderaan di jalan raya. Program ini turut mendapat kerjasama daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Kelantan.
Inspektor Noor Ashikin Abu Hashim, iaitu Inspektor Perancangan Strategik, dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan mengulas mengenai jenayah siber yang berlaku dalam kalangan pelajar terutamanya di Kelantan yang semakin meningkat akibat daripada kelalaian pelajar terutama semasa berkomunikasi melalui media sosial. Manakala penceramah daripada Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Kelantan, iaitu Encik Jalal Ikram Mohamed Nori, merangkap Ketua Unit Keselamatan Jalanraya & Korporat, memberikan pendedahan mengenai kes-kes kemalangan maut yang banyak melibatkan pengguna motosikal.
Program ini telah mendapat sambutan daripada mahasiswa yang hadir dan mereka sangat teruja dengan perkongsian ilmu yang telah diberikan oleh kedua-dua penceramah tersebut. Pelajar berharap agar program ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang. Para peserta dan staf yang hadir turut diraikan dengan hidangan makan pagi dan makan tengah hari.
Penyedia Laporan:
Dr. Mariam Setapa
Penyelaras
Unit Pengurusan Risiko