Majlis Pentauliahan Kor SISPA UiTM Peringkat Zon Timur Siri 1 Tahun 2023

JENGKA, 23 September - Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA) UiTM Cawangan Kelantan Kampus Machang telah menghantar 6 Pegawai Kadet SISPA (PKS) ke Majlis Pentauliahan Kor SISPA UiTM Peringkat Zon Timur Siri 1 Tahun 2023 pada 22 & 23 September 2023 yang diiringi oleh 3 pegawai iaitu Lt. Kol. Bersekutu (PA) Wan Mohd Firdaus Wan Mohamad, Ajutan Kor SISPA UiTM Cawangan Kelantan, Kapt. Bersekutu (PA) Nabil Fikri Mohd Salleh, Pegawai Logistik Kor SISPA UiTM Cawangan Kelantan serta Koperal (PA) Edy Faizal Ramli, Jurulatih Kor SISPA UiTM Cawangan Kelantan.  

Majlis ini disertai oleh 3 buah kampus UiTM Zon Timur iaitu UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka dan Kampus Raub serta UiTM Cawangan Kelantan Kampus Machang yang diadakan di UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka. Seramai 6 orang PKS ditauliahkan dengan pangkat Staf Muda Pertahanan Awam setelah melengkapkan kursus-kursus wajib iaitu Kursus Asas, Kursus First Responder Life Support (FRLS), Kursus Pengurusan Pusat Pemindahan (PPP), Kursus Metodologi serta Kursus Bakal Pegawai. 


Penyedia Laporan:
Staf Muda (PA) Puteri Balqis Mukhtar
Setiausaha Agong 
Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA)