Seminar Sihat & Tenang Gaya Rasulullah S.A.W. Peringkat Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan 1445H/ 2023M

MACHANG, 9 Ogos – BULAN OGOS sempena bulan Muharram 1445H, UiTM Cawangan Kelantan Kampus Machang dengan kerjasama Terapi Fitrah dan Protazz Legacy telah mengadakan satu seminar yang berkaitan pemakanan sunnah iaitu Seminar Sihat & Tenang Gaya Rasulullah S.A.W. kepada semua warga UiTM Cawangan Kelantan.

Antara objektif program ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk memberi kesedaran tentang kepentingan gaya hidup dan gaya makan yang baik mengikut sunnah sangat besar kesannya dalam kehidupan kita seharian.

Secara keseluruhan, majlis yang diadakan berjalan dengan lancar. Program dimulai dengan Slot The Real Vision (Modul Motivasi Kerja) yang telah disampaikan oleh Protazz Syakirin & Protazz Afiq. Modul ini menerapkan mengenai kesedaran kerohanian dan memupuk semangat keluarga UiTM serta kerja secara berpasukan. Slot ini memberi kesan yang cukup mendalam kepada semua warga UiTM.

Seminar diteruskan dengan Slot Formula Sihat & Tenang Gaya Rasulullah S.A.W. (Gaya Makan untuk Sihat dan Tenang) yang disampaikan oleh Dr. Wan Nasyruddin Wan Abdullah. Modul ini menerangkan kepada semua warga mengenai pemakanan sunnah yang betul mengikut cara Rasulullah S.A.W. dan gaya makan yang sihat dalam kehidupan seharian.
Pihak Terapi Fitrah juga telah menaja 5 cabutan bertuah kepada warga yang bertuah di samping satu cenderahati yang berbentuk pemakanan sunnah kepada pihak UiTM Cawangan Kelantan. Semoga program sebegini akan diteruskan lagi pada masa akan datang.

Pautan video program seperti berikut:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid038Kv2EN3
RLKj1UCMP1AWwA3687FaWfCMqudyDWC7urisdTxNSjoWUnCg
JbtrjtFoil&id=100000459228085&mibextid=Nif5oz



Penyedia laporan :
Puan Shalwati Ramli
Penolong Pendaftar Kanan
Hal Ehwal Islam
UiTM Cawangan Kelantan