10,000 Steps A Day with HEP Staff

MACHANG, 9 Ogos - Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan telah mengadakan program 10,000 Steps A Day with HEP Staff di Taman Eko Rimba Bukit Bakar, Machang Kelantan pada 3 Ogos 2023 yang lalu. Taman Eko Rimba Bukit Bakar dipilih sebagai lokasi program berikutan jarak yang berhampiran dengan kampus dan mempunyai pelbagai kemudahan rekreasi.

Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Kelantan, Meer Zhar Farouk Amir Razli, berkata bahawa program seumpama ini harus diadakan secara berkala bagi memberikan impak yang lebih berkesan terhadap kesejahteraan dan keseimbangan dalam kehidupan. Beliau yang telah merasmikan program tersebut turut bersama mendaki ke anjung tinjau Bukit Bakar.

Program ini melibatkan 30 orang staf daripada semua unit di bahagian tersebut dan bertujuan untuk memberikan pendedahan tentang faedah aktiviti beriadah khususnya aktiviti berjalan 10,000 langkah sehari tehadap kesihatan. Selain itu, peserta yang terlibat turut menjalankan aktiviti gotong-royong membersihkan sampah di sekitar kawasan rekreasi tersebut.

Sepanjang perjalanan ke anjung tinjau Bukit Bakar setinggi kira-kira 400-meter dari aras laut, para peserta menikmati keindahan panorama bukit menghijau dan deruan sungai di taman tersebut. Keunikan flora dan fauna di taman tersebut sesuai dijadikan lokasi perkelahan dan melepaskan kelelahan diri dari kesibukan tugas seharian.

Terima kasih diucapkan kepada semua peserta Program 10,000 Steps A Day with HEP Staff. Terima kasih juga turut dipanjangkan kepada ahli jawatankuasa pelaksana yang terlibat dan bertungkus lumus menjayakan program ini.

Pautan video program seperti berikut:
https://www.facebook.com/100053859998174/videos/935146410919657/

Penyedia Laporan:
Encik Mohammad Amir Taufik Abu Hassan
Penolong Pegawai Farmasi - Unit Kesihatan
Bahagain Hal Ehwal Pelajar