KOTA BHARU, 20 Julai - Lawatan dan serahan sumbangan ini telah diketuai oleh Ts. Dr. Khalid Abdul Wahid pada 17 Julai 2023, jam 9:00 pagi. Bahagian HEP Kampus Kota Bharu telah mengambil inisiatif untuk melancarkan pungutan derma dalam kalangan staf UiTM Kampus Kota Bharu bagi membantu dua (2) orang pelajar iaitu Fara Mat Lazim, pelajar UiTM Kampus Kota Bharu yang menjaga moyangnya yang sedang sakit dan Azreen Afiza Azahari, pelajar UiTM Kampus Seremban 3 yang mengidap penyakit Positive Auto Immune. Pelajar ini dalam keadaan koma sekarang.
Terima kasih kepada semua staf UiTM Kampus Kota Bharu di atas sumbangan yang telah diberikan.
Penyedia Laporan:
Cik Che Surmaiza Yaacob
Pegawai Eksekutif Kanan
Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Kampus Kota Bharu