Bengkel Asas Pemasaran Digital Usahawan Daerah Machang

MACHANG, 20 Julai - Bengkel Asas Pemasaran Digital Usahawan Daerah Machang telah berlangsung di AU300, UiTM Cawangan Kelantan pada 17 Julai 2023. Bengkel yang diketuai oleh Roseliza Hamid selaku pengarah projek ini bermula pada jam 8:30 pagi dan telah dihadiri oleh 40 usahawan dari komuniti Machang. Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Rektor Penyelidikan, Jaringan Industri dan Alumni, Dr. Norzieha Mustapha, bengkel ini diadakan untuk membantu usahawan luar bandar khususnya komuniti di Machang memasarkan, menambah baik mutu dan kualiti produk untuk kesediaan berniaga dalam talian. Bengkel ini bermula dengan sesi ceramah oleh penceramah 1 iaitu Dr. Azyanee Lokman yang berkongsi ilmu berkenaan teknik “copywriting”, manakala sesi ceramah oleh penceramah 2 iaitu Suraya Hussin berkongsikan ilmu berkenaan ciri-ciri usahawan berjaya. Sesi diteruskan dengan penceramah 3 iaitu Azureen Abdul Hadi yang berkongsikan ilmu tentang teknik menyunting video untuk tujuan pemasaran. Diharapkan bengkel ini dapat diteruskan bagi memberi pendedahan kepada usahawan-usahawan di komuniti sekitar Machang.

Penyedia Laporan:
Puan Intan Nurul 'Ain Mohd Firdaus Kozako
Setiausaha Program