KOTA BHARU, 16 Julai - Program ini merupakan salah satu inisiatif daripada Bahagian Hal Ehwal Pelajar Kampus Kota Bharu bagi meningkatkan tahap Happiness Index warga UiTM Kampus Kota Bharu. Staf dapat menghilangkan sedikit rasa stres bekerja dan sebagai salah satu medium mengeratkan lagi jalinan silaturrahim sesama staf.
Program dijalankan setiap hari Khamis di sekitar kampus. Pelepasan waktu bekerja diberikan bermula jam 8:00 pagi - 9:30 pagi. Setiap peserta dikehendaki menimbang berat sebelum dan selepas pada setiap kali program untuk mencari pemenang bagi penurunan berat badan. Pemenang akan diumumkan pada bulan Disember 2023.
Penyedia Laporan:
Cik Che Surmaiza Yaacob
Pegawai Eksekutif Kanan
Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Kampus Kota Bharu