Program Bulan Dakwah Dan Kempen Zero Maksiat Anjuran Kelab Intellectual Members Of Nation (IMAN) Dengan Kerjasama Unit Hal Ehwal Islam (UHEI) UiTM Cawangan Kelantan

MACHANG, 20 Jun – Kelab Intellectual Members of Nation (IMAN) dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Islam (UHEI) UiTM Cawangan Kelantan buat julung kalinya, telah melaksanakan Program Bulan Dakwah Dan Kempen Zero Maksiat UiTM Cawangan Kelantan 2023 M/1444 H

Program telah diadakan bermula 13 Jun 2023 sehingga 20 Jun 2023. Program tersebut telah dilaksanakan secara bersemuka di Pusat Islam UiTM Cawangan Kelantan dan secara atas talian di media sosial. Antara aktitiviti program yang telah dianjurkan sepanjang program Bulan Dakwah dan Kempen Zero Maksiat adalah program Street Dakwah, Pertandingan Mic On, Ceramah Zero Maksiat, Pertandingan Tilawah Al-Quran, Pertandingan Poster Street Dakwah, Pertandingan Mencipta Video TikTok dan Majlis Perasmian dan Penutup Program Bulan Dakwah & Kempen Zero Maksiat.

Antara objektif program ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk melahirkan mahasiswa yang serba boleh dan berwibawa dalam kehidupan serta memberi peluang kepada mahasiswa menyertai aktiviti-aktiviti dakwah yang menjadi platform utama dalam membentuk jiwa dan semangat pendakwah dalam diri mahasiswa.

Secara keseluruhan majlis yang diadakan berjalan dengan lancar. Antara program yang telah berlangsung sepanjang Program Bulan Dakwah & Kempen Zero Maksiat ialah:

1)  Program: Program Street Dakwah
Tarikh: 13 Jun 2023 – 15 Jun 2023
Tempat: Sekitar UiTM Cawangan Kelantan kampus Kelantan.

2)  Program: Pertandingan Mic On
Tarikh: 15 Jun 2023
Tempat: Pusat Islam UiTM Cawangan Kelantan

3)  Program: Ceramah Zero Maksiat
Tarikh: 17 Jun 2023
Tempat: Pusat Islam UiTM Cawangan Kelantan

4)  Program: Pertandingan Tilawah Al-Quran
Tarikh: 17 Jun 2023
Tempat: Pusat Islam UiTM Cawangan Kelantan

5)  Program: Pertandingan Poster Street dakwah
Tarikh: 13 Jun 2023 – 19 Jun 2023
Tempat: Media Sosial UiTM Cawangan Kelantan

6)  Program: Pertandingan Mencipta Video Tiktok
Tarikh: 13 Jun 2023 – 19 Jun 2023
Tempat: Media Sosial UiTM Cawangan Kelantan

7)  Program: Majlis Perasmian dan Penutup Program Bulan Dakwah & Kempen Zero Maksiat
Tarikh: 20 Jun 2023
Tempat: Pusat Islam UiTM Cawangan Kelantan

Program ini telah melabuhkan tirai dengan Majlis Perasmian dan Penutup Program Bulan Dakwah & Kempen Zero Maksiat yang dirasmikan oleh Yang Berbahagia Prof. Dr. Haji Abdol Samad Nawi, Rektor UiTM Cawangan Kelantan. Turut hadir Bersama Timbalan Rektor En. Meer Zhar Farouk Amir Razli dan staf-staf UiTM Cawangan Kelantan. Pemenang setiap kategori yang telah dipertandingkan sepanjang program telah menerima hadiah pada malam tersebut. Semoga program seperti ini akan dapat diteruskan lagi pada masa hadapan. 

Dakwah merupakan tanggungjawab bersama untuk mencegah kemungkaran seperti maksiat kerana ianya dituntut bagi setiap muslim, bukan sahaja diwajibkan menjauhkan  diri daripada perbuatan yang dilarang oleh Allah, tetapi juga mencegah perbuatan terlarang itu daripada berleluasa dalam masyarakat.

Firman Allah bermaksud: “Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik.”  

Al-Imran: 110

Penyedia laporan :
Puan Shalwati Ramli
Penolong Pendaftar Kanan
Unit Hal Ehwal Islam