Program School Attack 2.0: Fun With Statistics, Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan Kampus Machang Dan Maktab Rendah Sains MARA Jeli.

JELI, 16 Jun - Program School Attack 2.0: Fun with Statistics anjuran Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM) UiTM Cawangan Kelantan telah diadakan dengan jayanya di Dewan Bitara, Maktab Rendah Sains MARA Jeli (MRSM Jeli) pada 16 Jun 2023. Program ini adalah kerjasama bersama FSKM UiTM Cawangan Kelantan, Persatuan Akademik Diploma Statistik (I-TECHQS) dan MRSM Jeli. Program yang diterajui oleh Penyelaras Program Diploma Statistik, Dr. Nasuhar Ab Aziz dan Penasihat I-TECHQS iaitu YM Tengku Mardhiah Tengku Jalal dan Pn. Norshaieda Abdullah telah melibatkan seramai 34 orang pelajar Diploma Statistik dan 136 orang pelajar tingkatan empat MRSM Jeli. Objektif program ini adalah untuk membina hubungan antara UiTM Cawangan Kelantan dan MRSM Jeli, di samping memberi pendedahan kepada pelajar UiTM berkenaan jalinan kerjasama bersama organisasi luar UiTM dan seterusnya memberi pededahan dan pemahaman kepada pelajar dan guru MRSM Jeli tentang program Diploma Statistik dan kepentingan ilmu Statistik itu sendiri. Para pelajar MRSM Jeli diberikan penerangan berkenaan dengan Kursus Diploma Statistik, prospek kerjaya dan bagaimana mereka perlu bersedia sekiranya ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti khususnya kursus Statistik. Selain daripada itu, para pelajar MRSM Jeli juga turut terlibat di dalam slot Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang diterajui oleh pelajar Diploma Statistik sebagai fasilitator di mana slot ini merangkumi aktiviti-aktiviti bercorakkan trivia yang memerlukan pelajar mempraktikkan pengetahuan statistik. Secara keseluruhannya, program ini telah dapat memberikan impak positif kepada pelajar Diploma Statistik dan pelajar MRSM Jeli terutamanya di dalam membina jalinan kerjasama antara UiTM Cawangan Kelantan dan MRSM Jeli seterusnya memberi pemahaman lebih luas kepada pelajar MRSM tentang Statistik dan prospek masa depan dengan Statistik.

Penyedia Laporan:
Dr. Nasuhar Ab Aziz
Pensyarah Kanan
Fakulti Sains Komputer & Matematik


Norshaieda Abdullah
Pensyarah
Fakulti Sains Komputer & Matematik