Perjumpaan Naib Canselor UiTM bersama Pengurusan Tertinggi & Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Kelantan

MACHANG, 24 Mei - UiTM Cawangan Kelantan (UiTMCK) telah menerima kunjungan Naib Canselor UiTM, YBhg. Profesor Datuk Dr. Roziah Mohd Janor ke UiTM Cawangan Kelantan pada 18 Mei 2023. Beliau mendapat jemputan khas bagi Majlis Perasmian Rancangan Kawasan Khas (RKK), Bandar Dato’ Bentara, Gua Musang serta Pusat Pengumpulan dan Pemprosesan Sisa Kelapa Sawit pada 17 Mei 2023. Atas keprihatinan, beliau turut mengambil peluang untuk hadir ke UiTMCK bertemu dan beramah mesra bersama Pengurusan Tertinggi serta Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Kelantan.

Pihak pengurusan UiTMCK membawa beliau melawat Inkubator Cendawan IoT iaitu rumah cendawan pintar modular yang pertama di Malaysia untuk menghasilkan cendawan tiram putih di kampus Machang.

Bagi menyantuni kehadiran YBhg. Profesor Datuk Dr. Roziah Mohd Janor ke UiTMCK, pihak pengurusan menyediakan sedikit jamuan ringan sambil berdiskusi secara santai bersama warga UiTMCK dan MPP.

Penyedia Laporan:
Unit Komunikasi Korporat