MACHANG, 12 Januari - Bersempena dengan Majlis Penghargaan dan Anugerah Kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MAPAM) UiTM Se- Malaysia anjuran Unit Korporat dan Tugas Tugas Khas UiTM pada 6 – 8 Januari 2023, di New York Hotel, Johor Bharu. Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Cawangan Kelantan Sesi 2021/2022 telah memenangi 2 Anugerah Kepimpinan iaitu Pingat Perak bagi Anugerah Kepimpinan Kerohanian Cemerlang yang diketuai oleh Saudara Nik Muhammad Luqman Al Hakim Mohd Roslan, Exco Kepimpinan dan Kerohanian, Majlis Perwakilan Pelajar. Anugerah tersebut merangkumi 2 program terbaik iaitu Program Ramadhan Pemangkin Budaya ESI-iDART dan Majlis Syarahan Kitab Maza Yakni.
MPP Cawangan Kelantan juga telah berjaya memungut pingat gangsa bagi Anugerah Kepimpinan Kesihatan, Kebajikan dan Kaunseling Cemerlang yang telah diketuai oleh Saudara Farid Idham bin Aznan, Exco Kebajikan, Aduan dan Alumni Majlis Perwakilan Pelajar. Dibawah anugerah tersebut, 2 program terbaik telah dipertandingkan iaitu Karnival Kesihatan UiTMCK dan Gerobok Rezeki Kongsi Kasih
Selain itu, Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Kelantan sesi 2021/2022 turut menerima Anugerah Penghargaan. Semua anugerah yang diterima disampaikan oleh YBhg. Prof Datuk Ts. Dr. Hajah Roziah Mohd Janor, Naib Canselor UiTM dan YBhg. Prof Dr. Mohd Sazili Shahibi, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP) UiTM.
Tahniah diucapkan kepada semua barisan Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Kelantan sesi 2021/202 atas kemenangan yang diperolehi dan komitman yang diberi.
Penyedia Laporan:
Saudari Khayrin Sofea Ramdzan
Setiausaha Agung MPP Sesi 2021/2022