Machang, 10 Januari - Kunjungan Hormat & Kerjasama Pintar daripada Pengurusan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) bersama Pengurusan UiTM Cawangan Kelantan pada 8 Januari 2023.
Kunjungan PMBK ke UiTMCK bersama pihak Pengurusan UiTMCK adalah bertujuan untuk berkerjasama dalam memajukan Negeri Kelantan dengan memperkasakan ilmu yang perlu dipraktikkan oleh para usahawan.
Di samping itu, melalui jalinan kerjasama ini produk-produk usahawan dapat dipasarkan secara meluas di pasaran domestik dan antarabangsa.
Penyedia Laporan:
Dr. Nurazleena Ismail
Koordinator Keusahawanan