Majlis Syarahan Kitab Maza Yakni

MACHANG, 29 Disember - Majlis Syarahan Kitab Maza Yakni merupakan Anjuran Majlis Perwakilan Pelajar, Unit Kepimpinan pelajar Bahagian Hal Ehwal Pelajar serta gabungan kelab dan persatuan UiTM Cawangan Kelantan. Majlis ini dilaksanakan secara hybrid di Pusat Islam UiTM Kelantan di platform YouTube live MPP UiTM Kelantan. Ia berlangsung selama 28 minggu bermula 07 April 2022 sehingga khatam Kitab Maza Yakni.

Majlis ini juga dikendalikan oleh Dr. Mohd Nazri Mat Zin dan Dr. Miqdad Aswad Ahmad secara bergilir-gilir. Keunikan majlis ini adalah mahasiswa yang berjaya menyertai sekurang-kurangnya 70% daripada kehadiran penuh bakal mendapat sijil Khatam Kitab Syarahan Maza Yakni itu sendiri. Para peserta akan memperoleh nilai tambah apabila mereka mempunyai sijil Khatam Kitab yang mana ia tidak ada di cawangan lain.

Kitab Maza Yakni merupakan sebuah kitab yang membahaskan tentang aqidah, ibadat dan akhlak bagi setiap umat Islam.

Penyedia laporan:
Saudari Nur Athirah Zulriadi
Exco Pengurusan dan Perhubungan Korporat,
Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Kelantan
Sesi 2021/2022