Student Bazaar UiTMCK

MACHANG, 29 Disember – Program ini dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Kelantan Sesi 2021/2022. Program ini akan melibatkan semua mahasiswa dan staf UiTM Cawangan Kelantan. Program ini akan diadakan pada 28 November 2022 (Isnin) berlangsung selama satu hari seminggu. Program ini akan diadakan di tempat letak kenderaan Pusat Pelajar, UiTM Cawangan Kelantan.

Antara tujuan program ini dijalankan adalah untuk mempelbagaikan variasi menu kepada pelajar supaya mereka dalam memilih dan membeli makanan mengikut selera, membuka peluang kepada peniaga luar untuk menambahkan keuntungan, menjana pendapatan UiTM melalui sewaan tapak dan meningkatkan lagi happiness index warga UiTMCK dengan menganjurkan program secara bersemuka.

Jumlah kutipan hasil daripada Food Town UiTMCK, pihak MPP berjaya mendapat sebanyak RM2165.00 dalam masa 5 hari.

Penyedia laporan,
Saudari Nur Athirah Zulriadi
Exco Pengurusan dan Perhubungan Korporat
Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Kelantan
Sesi 2021/2022