Seminar Keselamatan Elektrik & Kecekapan Tenaga Anjuran Suruhanjaya Tenaga Kelantan & Terengganu dengan Kerjasama UiTM Cawangan Kelantan, Kampus Machang

MACHANG, 1 November - Bahagian Pengurusan Fasiliti dan Bahagian Pentadbiran UiTM Cawangan Kelantan dengan kerjasama Suruhanjaya Tenaga (Kelantan & Terengganu) telah berjaya menganjurkan Seminar Keselamatan Elektrik & Kecekapan Tenaga pada 26 Oktober 2022. Seminar ini dijalankan untuk memberi kesedaran dan pemahaman kepada warga UiTM Cawangan Kelantan dan pelajar mengenai keperluan pematuhan Akta dan peraturan dibawah seliaan Suruhanjaya Tenaga. Seminar ini telah disampaikan oleh Encik Umar Hafiz Azlan selaku Pemangku Pengarah Kawasan Suruhanjaya Tenaga (Kelantan & Terengganu). Seminar ini turut dihadiri oleh beberapa orang wakil daripada Suruhanjaya Tenaga (Kelantan & Terengganu) antaranya ialah Encik Hadzrin Aqmal Mohd Zaki dan juga Encik Wan Juzaili Jamil, Penolong Pengarah. Kehadiran rombongan ini telah disambut baik oleh Encik Meer Zhar Farouk Amir Razli selaku Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dan wakil daripada Pejabat Pentadbiran dan Unit Komunikasi Korporat UiTM Cawangan Kelantan. Seminar ini berlangsung selama empat (4) jam termasuk dengan sesi soal jawab. Seramai 120 orang pelajar dan staf telah mendapat inspirasi dan motivasi daripada perkongsian tersebut.

Penyedia Laporan:
En. Surjohan Mohamad
Penolong Jurutera
Ketua Unit Operasi Elektrikal & Tenaga
Bahagian Pengurusan Fasiliti